Wednesday, 6 March 2013

Trainer l Jurulatih : Design Modul -Model ADDIE

Model ADDIE

" Model ADDIE digunakan oleh pereka modul , pembangun kursus, konsultan latihan (training consultant) , pusat pengajian, jurulatih atau trainer bagi menyusun, mendesain (design), merekacipta, mengolah pengisian program serta segala kandungan program termasuk aktiviti, bahan edaran, lagu tema program, budaya program (akan dikupas nanti), tajuk bengkel dan skil / kemahiran yang akan dipindahkan kepada para peserta.klien bagi memaksimakan keberkesanan program "


 Model ADDIE ini mengandungi 5 Fasa iaitu :
Model ADDIE
A  : Analyze
D  : Design
D  : Develop
I   : Implement
E  : Evaluate






Kelima-lima Fasa ini diterangkan seperti berikut :
  

 ----------------------------------------------------------------------------------------------------

A : Analysis / Analyze :

Sebelum tentatif program disusun, ditulis. Para jurulatih / trainer perlu menilai dan menganalisis beberapa aspek utama agar program dan pengisian menepati kehendak klien / peserta atau objektif program yang dirancang dapat dicapai dengan jayanya.

"Siapakah peserta yang akan hadir ? "
"Apakah latar belakang akademik peserta ?"
"Apakah kehendak peserta yang diingini ? "
"Apakah objektif program ?
"Apakah isu / permasalahan yang ingin diselesaikan ? "
"Apakah kehendak tuan rumah/majikan/pengajur dalam program ini ? "
 "Apakah perubahan (kemahiran , sikap, pengetahuan) yang dikehendaki ?"

Maka Jurulatih / Trainer akan mencari jawapan akan soalan di atas sebelum sesorang trainer / jurulatih membangunkan program. Ya, persoalan di atas akan ditanyakan dan dijawab terlebih dahulu. Inilah langkah pertama yang perlu dibuat.

Namun seringkali berlaku ialah para pembangun modul kursus , jurulatih , trainer terus merangka program tanpa persoalan sebaliknya terus menyediakan JAWAPAN. Walhal kemungkinan jawapan yang ditawarkan adalah 'jauh panggang dari api' atau tidak menepati maksud dan kehendak peserta.

Maka :


#1 : Mulakan dengan PERSOALAN , KEHENDAK PESERTA

dengan mengambilkira semua faktor seperti latar belakang peserta, kecenderungan peserta, umur peserta, pendekatan Pedagogi vs Andragogi?



 ----------------------------------------------------------------------------------------------------

D : Design

Selepas persoalan di atas ditanyakan dan dijawab. Maka barulah trainer / jurulatih akan merekabentuk, mendesain, mengolah program dengan merujuk kepada persoalan + jawapan dalam "Fasa Analysis" .


Fasa "Design" ialah fasa dimana semua persoalan + jawapan disusun dan dilakarkan untuk membina konsep program. Ada juga yang memanggilnya sebagai rangka, framework program. Segala objektif, kemahiran yang ingin dipindahkan kepada peserta, perubahan yang dikehendaki akan digubah ke bentuk seterusnya iaitu Methodologi .

Methodologi ilah bentuk sesuatu pengisian akan disampaikan. Terdapat pelbagai methodologi yang ada. Methodologi yang paling popular ialah = CERAMAH. Namun methodologi ini didapati begitu lemah dan seringkali memberikan hasil yang kurang memuaskan. Perubahan yang diharapkan sukar dicapai malah bersifat sementara.

Namun method inilah sering digunapakai kerana inilah method rasmi di dalam kelas semasa alam persekolahn mahupun universiti. Maka seringkali guru memilih cara ini semasa penganjuran program di sekolah.
Owh, guru seringkali menjadi perancang program, jurulatih program ...!

Antara Methodologi yang boleh dipilih sebagai cara penyampaian ialah :


  • Bengkel 
  • Role-Play 
  • Games 
  • Tugasan 
  • Pembentangan 
  • Lagu / Multimedia 
  • Recall atau Imbasan   
  • Senaman / Riadah 
  • Penyelesaian Masalah / Analisis  
  • Bahas / Debat
  • Latihan Dinamika Kumpulan 
  • Cerita 
  • Kajian Kes



 ----------------------------------------------------------------------------------------------------

D : Develop / Development

Fasa ketiga selepas Design ialah fasa Develop atau Development. Pada fasa ini, segala perancangan yang dirancang sebelum ini akan diterjemahkan ke dalam hasil akhir yang lebih spesifik. Segala objektif, kemahiran, methodologi yang dipilih akan digubah ke dalam ruang masa program secara optimum.

Pembahagian masa (durasi : panjang/pendek) dan keutamaan juga akan dibuat bagi memastikan program yang berjalan pada tempoh masa terhad dapat memberi kesan paling optimum.


Diagram : Design Modul

 ----------------------------------------------------------------------------------------------------

I : Implement / Implementation

*akan ditambah


 ----------------------------------------------------------------------------------------------------

E : Evaluate / Evaluation

*akan ditambah



 ----------------------------------------------------------------------------------------------------

Training Of Trainers, TOT , Training For Trainers, TFT , Training For Trainers (TFT), Training Of Trainers (TOT), Kursus Kejurulatihan, Bagaimana menjadi jurulatih?, Bagaimana menjadi Trainer?, Bagaimana Menjadi Fasilitator?


0 comments:

Post a Comment