Wednesday, 6 March 2013

Trainer Jurulatih : Definasi

Pengenalan :

Trainer atau Jurulatih merupakan individu yang mengendalikan kursus, menyampaikan konten atau skil (ceramah dll), merangka dan merekabentuk latihan (program), menyediakan bahan dan pengisian,

Semua program perlu dirangka dan disusun dengan baik agar ia menepati objektif program dan mampu diterimafaham oleh para peserta. Aspek ini adalah aspek yang dikendalikan oleh Jurulatih (Trainer) dan bukannya pengarah program mahupun penasihat. Sehubungan dengan itu perlu adanya individu-individu yang berkemahiran dalam pengendalian program malah dalam kes-kes luar jangka perlu bagi jurulatih memastikan kelangsungan program dengan bertindak merancang, mengatur semula atau mengubah aktiviti dalam memastikan program dapat berjalan lancar.

“..Perlunya Ada Individu Atau Sekumpulan Individu Yang Berkemahiran Dalam Menangani Masalah Yang Mengganggu Aliran Program Dengan Menggunakan Teknik Latihan, Pemindahan Kemahiran (transfer skill), Kemahiran Kendalian Program, Kemahiran Penyampaian Dan Kefasilitatoran...”


Definisi Trainer
========================================
Trainers / Jurulatih adalah individu yang berkemahiran tinggi dalam pengendalian latihan, penyampaian, kefasilitatoran dengan kemampuan membina modul , melatih fasilitator dan mengendalikan program dengan cemerlang dan serta memahami konsep kaunseling. Berpengalaman luas dalam kejurulatihan, kefasilitatoran dan memiliki kemahiran kawalan massa yang tinggi.

“Setiap Trainer adalah Fasilitator NAMUN tidak semua Fasilitator adalah Trainer ”



================================================
Mengapakah perlu Trainer?
================================================ 
Mengapakah Program Latihan Trainer (ToT / TTT)  diperlukan?
================================================
Sepanjang saya berkhidmat dalam melatih kelompok fasilitator dan jurulatih bagi kelab-kelab/persatuan yang berorientasikan fasilitator atau kaunseling mahupun pembimbing rakan sebaya (PRS) bagi institusi pengajian tinggi (IPT) yang mana program-program mereka berlegar di ruang lingkup mengadakan program motivasi kepada pelajar sekolah, program teknik dan tips belajar kepada junior, program khidmat mahasiswa kepada penduduk pedalaman yang memerlukan.

Seringkali saya ditanyakan soalan di atas.
"Salahkah jika kami tidak mengikuti kursus kejurulatihan ?"
"Kami sudah berpengalaman jauh dan banyak mengendalikan fasilitasi, kami tidak perlukannya"
"Kelab kami sudah berzaman dan tidak pernah sekalipun dianjurkan latihan ini?"
"Latihan kejurulatihan adalah membazir dan tidak banyak bezanya dengan latihan asas fasilitator"

Persoalan yang popular ini dijawab oleh saya :
Ya, anda/kelab anda memang sangat hebat dalam berprogram
Tidak, latihan kejurulatihan adalah berBEZA dengan latihan asas fasilitator
Tanggapan yang cetek menyebabkan berlaku salah faham dan kecelaruan merangka program
Program yang menarik dan berkesan boleh direkabentuk (design) dengan skil dan pengetahuan kejurulatihan yang akan dilalui. Pengalaman akan membantu namun latihan khusus diperlukan.

Saya lanjutkan dengan soalan :
Baik, terangkan pada saya bagaimanakah anda merekabentuk program?
Baik, terangkan pada saya bagimanakah anda memilih aktiviti untuk program?
Baik, terangkan pada saya mengapa pemilihan itu (aktiviti) itu dibuat?
Baik, jika aktiviti itu gagal dilaksanakan atas masalah cuaca (hujan lebat/kos tinggi dll) ; adakah alternatif lain?
Apakah skil , kemahiran, pengetahuan, kesedaran yang ingin disampaikan kepada peserta anda?

Apakah maklumat yang anda perlukan atau anda pertimbangkan untuk diambilkira semasa merangka program dan segala aktiviti di dalamnya?

Faktor - Faktor Yang Perlu Dinilai : Pra-Rekabentuk Modul

Jelas, persoalan yang ditanyakan bukan mudah dijawab. Malah seringkali tiada jawapan atau sekadar jawapan popular :
"Aktiviti berkenaan memang best ..! Maka kami pilih."
"Sebab? ... Erk, aktiviti yang best tidak perlukan sebab musabab."
"Entah, sejak berzaman modul program ini memang sebegini. Kami tak pernah persoalkan kewajarannya. Ia memang best!"

---------------------------------------------------------------------------------------






CAC Consultant
 Level 36, Menara Citibank,165, Jalan Ampang,50450 Kuala Lumpur,MALAYSIA

Tel: +6 03 2169 7724                 Fax: +6 03 2169 7725
Website : http://cacconsultant.com.my               Email: free2ask@cacconsultant.com.my

Training Of Trainers, TOT , Training For Trainers, TFT , Training For Trainers (TFT), Training Of Trainers (TOT), Kursus Kejurulatihan, Bagaimana menjadi jurulatih?, Bagaimana menjadi Trainer?, Bagaimana Menjadi Fasilitator?

4 comments:

  1. sya ingin menjadi fasilitator... Ingin menasihati dan membakar semangat anak2 muda bangsa kita maju berdasarkan pengalaman hidup saya.

    ReplyDelete
  2. andai ada peluang kerjaya... 0126456063... Amir.

    ReplyDelete
  3. saya nak hantar pegawai dan kakitangan untuk kursus jurulatih dan fasilitator di kem rimba tamu. berapa hari yang sesuai dan anggaran kos.

    joyruze@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. ada lagi tak kursus ini utk jangkamasa akan dtg. jika ada boleh ke tuan menghantar brosur ke pada saya di alamat email tersebut.

    sharida.sam@dewina.com.my

    ReplyDelete