Wednesday, 6 March 2013

Saya Ingin Menjadi Trainer Jurulatih (TOT)

Trainer atau Jurulatih merupakan individu yang mengendalikan kursus, menyampaikan konten atau skil (ceramah dll), merangka dan merekabentuk latihan (program), menyediakan bahan dan pengisian,


Semua program perlu dirangka dan disusun dengan baik agar ia menepati objektif program dan mampu diterimafaham oleh para peserta. Aspek ini adalah aspek yang dikendalikan oleh Jurulatih (Trainer) dan bukannya pengarah program mahupun penasihat. Sehubungan dengan itu perlu adanya individu-individu yang berkemahiran dalam pengendalian program malah dalam kes-kes luar jangka perlu bagi jurulatih memastikan kelangsungan program dengan bertindak merancang, mengatur semula atau mengubah aktiviti dalam memastikan program dapat berjalan lancar.

“..Perlunya Ada Individu Atau Sekumpulan Individu Yang Berkemahiran Dalam Menangani Masalah Yang Mengganggu Aliran Program Dengan Menggunakan Teknik Latihan, Pemindahan Kemahiran (transfer skill), Kemahiran Kendalian Program, Kemahiran Penyampaian Dan Kefasilitatoran...”


Definisi Trainer
========================================
Trainers / Jurulatih adalah individu yang berkemahiran tinggi dalam pengendalian latihan, penyampaian, kefasilitatoran dengan kemampuan membina modul , melatih fasilitator dan mengendalikan program dengan cemerlang dan serta memahami konsep kaunseling. Berpengalaman luas dalam kejurulatihan, kefasilitatoran dan memiliki kemahiran kawalan massa yang tinggi.

Saya Ingin Menjadi Trainer?

3 comments:

  1. SALAM..BILAKAH LGI PROGRAM & MODUL LATIHAN "TRAINERS OF TRAINERS" AKAN DIADAKAN PADA TAHUN 2014?INSYALLAH SY INGIN MENGIKUTINYA..TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  2. Jika ada lg program seumpama in..tlg invite saya boleh?...

    ReplyDelete
  3. Jika ada lg program seumpama in..tlg invite saya boleh?...

    ReplyDelete