Wednesday, 6 March 2013

Jurulatih Trainer : Design Modul 1

Merekabentuk Modul Program

Design Modul / Design Aktiviti

Trainer atau Jurulatih akan memilih aktiviti yang sesuai bagi program.
Namun bagaimanakah sesuatu aktiviti itu dipilih dari jutaan aktiviti yang ada?



Bagaimanakah keputusan dibuat ?
Apakah rahsia pemilihan aktiviti berkenaan ?

Apakah kaedah memilih jutaan aktiviti untuk disesuaikan dalam program ?
Kami sudah ada aktiviti yang banyak / koleksi, Apakah yang perlu dibuat ?

Mengapakah aktiviti yang best ini dikatakan tidak sesuai bagi program kami?



  • Trainer dan Jurulatih yang terlatih dan mahir memiliki ilmu bagi membuat pemilihan aktiviti.
  • Trainer dan Jurulatih yang terlatih tahu menyesuaikan aktiviti dengan program yang dijalankan.
  • Trainer dan Jurulatih yang terlatih membuat keputusan dengan disiplin ilmu / kemahiran dan bukan sekadar semberono atau ikut sesedap rasa (secukup rasa) asalkan aktiviti itu best tapi tidak fungsi dalam mencapai objektif program.




-----------------------------------------------------------------------------------------

Instructional Design (ID)


Salah satu kemahiran asas Jurulatih atau Trainer ialah kemahiran " Merekabentuk " . Bahasa Inggeris pula disebut " Design " .

Kemahiran merekabentuk ini dinamakan sebagai disiplin ilmu "Instructional design" dan kadangkala juga disebut sebagai " Instructional System Design (ISD) "

" Ia adalah ilmu mengenai kaedah, strategi, falsafah, langkah-langkah dalam memilih dan menyusun program agar program mencapai kehendak objektif program disamping memenuhi keperluan peserta / klien. "

Terdapat pelbagai model dalam merekabentuk modul / memilih modul / membina modul. Untuk tujuan penulisan ini, saya memilih " Model ADDIE " :
  • Ia adalah model asas
  • Ia mudah difahami
  • Ia mudah digunapakai
  • Ia menggunakan hanya 5 fasa sahaja
  • Ia digunapakai dengan meluas
  • Malah ia dikatakan sebagai huruf "A" dalam rekabentuk modul sedunia


 

Model ADDIE


Model ADDIE adalah dari akronim (huruf awal) iaitu :
Model ADDIE
A  : Analyze
D  : Design
D  : Develop
I   : Implement
E  : Evaluate





Training Of Trainers, TOT , Training For Trainers, TFT , Training For Trainers (TFT), Training Of Trainers (TOT), Kursus Kejurulatihan, Bagaimana menjadi jurulatih?, Bagaimana menjadi Trainer?, Bagaimana Menjadi Fasilitator?

0 comments:

Post a Comment