This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday, 29 March 2013

Langkah Awal : Trainer Jurulatih

TRAINER : Langkah masuk

+ Perhatikan tujuan pengendalian kerana ia berbeza antara satu sama lain

+ Perhatikan kedudukan trainer + peserta bagi mencapai hasil optimum. Kedudukan berbeza antara satu fungsi dengan fungsi lain

+ Skrip ucapan perlu teratur, fahami, ulangkaji, kuasai. Jika perlu, sediakan teks bagi persediaan yang dihafaz sebelum pengendalian

Wednesday, 6 March 2013

Saya Ingin Menjadi Trainer Jurulatih (TOT)

Trainer atau Jurulatih merupakan individu yang mengendalikan kursus, menyampaikan konten atau skil (ceramah dll), merangka dan merekabentuk latihan (program), menyediakan bahan dan pengisian,

Semua program perlu dirangka dan disusun dengan baik agar ia menepati objektif program dan mampu diterimafaham oleh para peserta. Aspek ini adalah aspek yang dikendalikan oleh Jurulatih (Trainer) dan bukannya pengarah program mahupun penasihat. Sehubungan dengan itu perlu adanya individu-individu yang berkemahiran dalam pengendalian program malah dalam kes-kes luar jangka perlu bagi jurulatih memastikan kelangsungan program dengan bertindak merancang, mengatur semula atau mengubah aktiviti dalam memastikan program dapat berjalan lancar.

“..Perlunya Ada Individu Atau Sekumpulan Individu Yang Berkemahiran Dalam Menangani Masalah Yang Mengganggu Aliran Program Dengan Menggunakan Teknik Latihan, Pemindahan Kemahiran (transfer skill), Kemahiran Kendalian Program, Kemahiran Penyampaian Dan Kefasilitatoran...”

Definisi Trainer
========================================
Trainers / Jurulatih adalah individu yang berkemahiran tinggi dalam pengendalian latihan, penyampaian, kefasilitatoran dengan kemampuan membina modul , melatih fasilitator dan mengendalikan program dengan cemerlang dan serta memahami konsep kaunseling. Berpengalaman luas dalam kejurulatihan, kefasilitatoran dan memiliki kemahiran kawalan massa yang tinggi.

Saya Ingin Menjadi Trainer?

Trainer l Jurulatih : Design Modul -Model ADDIE

Model ADDIE

" Model ADDIE digunakan oleh pereka modul , pembangun kursus, konsultan latihan (training consultant) , pusat pengajian, jurulatih atau trainer bagi menyusun, mendesain (design), merekacipta, mengolah pengisian program serta segala kandungan program termasuk aktiviti, bahan edaran, lagu tema program, budaya program (akan dikupas nanti), tajuk bengkel dan skil / kemahiran yang akan dipindahkan kepada para peserta.klien bagi memaksimakan keberkesanan program "

 Model ADDIE ini mengandungi 5 Fasa iaitu :
Model ADDIE
A  : Analyze
D  : Design
D  : Develop
I   : Implement
E  : Evaluate

Kelima-lima Fasa ini diterangkan seperti berikut :
  
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------

A : Analysis / Analyze :

Sebelum tentatif program disusun, ditulis. Para jurulatih / trainer perlu menilai dan menganalisis beberapa aspek utama agar program dan pengisian menepati kehendak klien / peserta atau objektif program yang dirancang dapat dicapai dengan jayanya.

"Siapakah peserta yang akan hadir ? "
"Apakah latar belakang akademik peserta ?"
"Apakah kehendak peserta yang diingini ? "
"Apakah objektif program ?
"Apakah isu / permasalahan yang ingin diselesaikan ? "
"Apakah kehendak tuan rumah/majikan/pengajur dalam program ini ? "
 "Apakah perubahan (kemahiran , sikap, pengetahuan) yang dikehendaki ?"

Maka Jurulatih / Trainer akan mencari jawapan akan soalan di atas sebelum sesorang trainer / jurulatih membangunkan program. Ya, persoalan di atas akan ditanyakan dan dijawab terlebih dahulu. Inilah langkah pertama yang perlu dibuat.

Namun seringkali berlaku ialah para pembangun modul kursus , jurulatih , trainer terus merangka program tanpa persoalan sebaliknya terus menyediakan JAWAPAN. Walhal kemungkinan jawapan yang ditawarkan adalah 'jauh panggang dari api' atau tidak menepati maksud dan kehendak peserta.

Maka :

#1 : Mulakan dengan PERSOALAN , KEHENDAK PESERTA

dengan mengambilkira semua faktor seperti latar belakang peserta, kecenderungan peserta, umur peserta, pendekatan Pedagogi vs Andragogi?

 ----------------------------------------------------------------------------------------------------

D : Design

Selepas persoalan di atas ditanyakan dan dijawab. Maka barulah trainer / jurulatih akan merekabentuk, mendesain, mengolah program dengan merujuk kepada persoalan + jawapan dalam "Fasa Analysis" .

Fasa "Design" ialah fasa dimana semua persoalan + jawapan disusun dan dilakarkan untuk membina konsep program. Ada juga yang memanggilnya sebagai rangka, framework program. Segala objektif, kemahiran yang ingin dipindahkan kepada peserta, perubahan yang dikehendaki akan digubah ke bentuk seterusnya iaitu Methodologi .

Methodologi ilah bentuk sesuatu pengisian akan disampaikan. Terdapat pelbagai methodologi yang ada. Methodologi yang paling popular ialah = CERAMAH. Namun methodologi ini didapati begitu lemah dan seringkali memberikan hasil yang kurang memuaskan. Perubahan yang diharapkan sukar dicapai malah bersifat sementara.

Namun method inilah sering digunapakai kerana inilah method rasmi di dalam kelas semasa alam persekolahn mahupun universiti. Maka seringkali guru memilih cara ini semasa penganjuran program di sekolah.
Owh, guru seringkali menjadi perancang program, jurulatih program ...!

Antara Methodologi yang boleh dipilih sebagai cara penyampaian ialah :

  • Bengkel 
  • Role-Play 
  • Games 
  • Tugasan 
  • Pembentangan 
  • Lagu / Multimedia 
  • Recall atau Imbasan   
  • Senaman / Riadah 
  • Penyelesaian Masalah / Analisis  
  • Bahas / Debat
  • Latihan Dinamika Kumpulan 
  • Cerita 
  • Kajian Kes

 ----------------------------------------------------------------------------------------------------

D : Develop / Development

Fasa ketiga selepas Design ialah fasa Develop atau Development. Pada fasa ini, segala perancangan yang dirancang sebelum ini akan diterjemahkan ke dalam hasil akhir yang lebih spesifik. Segala objektif, kemahiran, methodologi yang dipilih akan digubah ke dalam ruang masa program secara optimum.

Pembahagian masa (durasi : panjang/pendek) dan keutamaan juga akan dibuat bagi memastikan program yang berjalan pada tempoh masa terhad dapat memberi kesan paling optimum.

Diagram : Design Modul

 ----------------------------------------------------------------------------------------------------

I : Implement / Implementation

*akan ditambah

 ----------------------------------------------------------------------------------------------------

E : Evaluate / Evaluation

*akan ditambah

 ----------------------------------------------------------------------------------------------------

Training Of Trainers, TOT , Training For Trainers, TFT , Training For Trainers (TFT), Training Of Trainers (TOT), Kursus Kejurulatihan, Bagaimana menjadi jurulatih?, Bagaimana menjadi Trainer?, Bagaimana Menjadi Fasilitator?

Jurulatih Trainer : Design Modul 1

Merekabentuk Modul Program

Design Modul / Design Aktiviti

Trainer atau Jurulatih akan memilih aktiviti yang sesuai bagi program.
Namun bagaimanakah sesuatu aktiviti itu dipilih dari jutaan aktiviti yang ada?

Bagaimanakah keputusan dibuat ?
Apakah rahsia pemilihan aktiviti berkenaan ?

Apakah kaedah memilih jutaan aktiviti untuk disesuaikan dalam program ?
Kami sudah ada aktiviti yang banyak / koleksi, Apakah yang perlu dibuat ?

Mengapakah aktiviti yang best ini dikatakan tidak sesuai bagi program kami?

  • Trainer dan Jurulatih yang terlatih dan mahir memiliki ilmu bagi membuat pemilihan aktiviti.
  • Trainer dan Jurulatih yang terlatih tahu menyesuaikan aktiviti dengan program yang dijalankan.
  • Trainer dan Jurulatih yang terlatih membuat keputusan dengan disiplin ilmu / kemahiran dan bukan sekadar semberono atau ikut sesedap rasa (secukup rasa) asalkan aktiviti itu best tapi tidak fungsi dalam mencapai objektif program.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Instructional Design (ID)

Salah satu kemahiran asas Jurulatih atau Trainer ialah kemahiran " Merekabentuk " . Bahasa Inggeris pula disebut " Design " .

Kemahiran merekabentuk ini dinamakan sebagai disiplin ilmu "Instructional design" dan kadangkala juga disebut sebagai " Instructional System Design (ISD) "

" Ia adalah ilmu mengenai kaedah, strategi, falsafah, langkah-langkah dalam memilih dan menyusun program agar program mencapai kehendak objektif program disamping memenuhi keperluan peserta / klien. "

Terdapat pelbagai model dalam merekabentuk modul / memilih modul / membina modul. Untuk tujuan penulisan ini, saya memilih " Model ADDIE " :
  • Ia adalah model asas
  • Ia mudah difahami
  • Ia mudah digunapakai
  • Ia menggunakan hanya 5 fasa sahaja
  • Ia digunapakai dengan meluas
  • Malah ia dikatakan sebagai huruf "A" dalam rekabentuk modul sedunia

Model ADDIE

Model ADDIE adalah dari akronim (huruf awal) iaitu :
Model ADDIE
A  : Analyze
D  : Design
D  : Develop
I   : Implement
E  : Evaluate

Training Of Trainers, TOT , Training For Trainers, TFT , Training For Trainers (TFT), Training Of Trainers (TOT), Kursus Kejurulatihan, Bagaimana menjadi jurulatih?, Bagaimana menjadi Trainer?, Bagaimana Menjadi Fasilitator?

Peranan Trainer Jurulatih

Tugas / Peranan Trainer :: :

Trainer atau Jurulatih bertanggungjawab dalam pengisian dan objektif kursus/program. Sehubungan dengan itu ada beberapa peranan yang akan dimainkan oleh trainer semasa program berjalan dan semasa berjalan mahupun selepas tamat kursus. 

Di bawah ini disenaraikan beberapa peranan yang dimainkan oleh trainer.  
Jurulatih program berperanan dalam ketiga-tiga fasa program/kursus iaitu :

 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pra Program / Sebelum Program :
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
  • MEMBINA KONSEP PROGRAM 
  • MEMBINA MODUL PROGRAM 
  • MEMILIH AKTIVITI / TUGASAN / PERMAINAN "GAMES"
  • MEMILIH LOKASI PROGRAM
  • MERANGKA BAHAN-BAHAN / EDARAN UNTUK PESERTA
  • MELATIH FASILITATOR BAGI PROGRAM
  • PENYELARAS

 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Semasa Program
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
  •  PENYELARAS
  • PENCERAMAH 
  • MODERATOR 
  • KETUA FASILITATOR
  • FASILITATOR
  • MEMBIMBING FASILITATOR
  • MEMANTAU PERJALANAN PROGRAM
  • MENYEDIAKAN PELAN ALTERNATIF (PLAN B)   *Jika diperlukan
  • INSTRUKTOR   (Aktiviti Fizikal seperti Jungle Trekking, Obstacle Course)

 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pasca Program / Selepas Program :
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
  •  JURUAUDIT KEBERKESANAN PROGRAM
  • MENYEDIAKAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN / SUSULAN
  • MEMBERIKAN PENILAIAN KUALITI INDIVIDU FASILITATOR  
  • MENCADANGKAN FASILITATOR YANG MAHIR UNTUK DILATIH SEBAGAI TRAINER 

Training Of Trainers, TOT , Training For Trainers, TFT , Training For Trainers (TFT), Training Of Trainers (TOT), Kursus Kejurulatihan, Bagaimana menjadi jurulatih?, Bagaimana menjadi Trainer?, Bagaimana Menjadi Fasilitator?

Keperluan TOT : Latihan Kejurulatihan

Jawapan Tentang Keperluan Latihan/Program Khusus Bagi Trainer

Program Kejurulatihan dikenali dengan nama dan akronim seperti Training To Trainers (TTT) ataupun Training Of Trainers (TOT) . Ada jua nama-nama lain seperti Master Class atau Trainers Workshop .

Program ini bertujuan bagi melatih dan mempersiapkan Jurulatih / Trainer akan :

  • Kemahiran Merekabentuk Modul Program (design modul)
  • Kemahiran Penyampaian Input (Komunikasi)
  • Kemahiran Memindahkan Skil (skill transfer technique)
  • Kemahiran Instructional Design (ID)
  • Kemahiran - kemahiran lain spt Rekaatur Slaid, Rekaatur Nota Iringan, Worksheet

---------------------------------------------------------------------------------------

Contoh Pengisian Training Of Trainers (TOT)
Maklumat Objektif Prog / Skil Yang akan diperolehi :

1) Skill Design Modul (40%) : kemahiran merekabentuk / membina modul yang sistematik

2) Skill Persembahan dan penyampaian (30%) : semua peserta dikehendaki menyampaiakn/mengendalikan aktiviti mass (kumpulan besar) bagi dinilai kemahiran dan diperbetulkan kelemahan, gaya bahasa, bahasa, struktur, imej

3) Koleksi modul (15%) : tambahan modul-modul akan disampaiakn, dikongsi bersama para peserta, bertukar-tukar idea

4) Modul Program (10%) : akhir program peserta secara berkumpulan akan membentangkan hasil modul yang diberikan tugasan bagi menilai sejauh mana penguasaan skil ToT yang dikuasai.

"Behave, Think, Act as Trainer" 
---------------------------------------------------------------------------------------

Training Of Trainers (TOT) : 15-17 Februari 2013

Trainer Jurulatih : Definasi

Pengenalan :

Trainer atau Jurulatih merupakan individu yang mengendalikan kursus, menyampaikan konten atau skil (ceramah dll), merangka dan merekabentuk latihan (program), menyediakan bahan dan pengisian,

Semua program perlu dirangka dan disusun dengan baik agar ia menepati objektif program dan mampu diterimafaham oleh para peserta. Aspek ini adalah aspek yang dikendalikan oleh Jurulatih (Trainer) dan bukannya pengarah program mahupun penasihat. Sehubungan dengan itu perlu adanya individu-individu yang berkemahiran dalam pengendalian program malah dalam kes-kes luar jangka perlu bagi jurulatih memastikan kelangsungan program dengan bertindak merancang, mengatur semula atau mengubah aktiviti dalam memastikan program dapat berjalan lancar.

“..Perlunya Ada Individu Atau Sekumpulan Individu Yang Berkemahiran Dalam Menangani Masalah Yang Mengganggu Aliran Program Dengan Menggunakan Teknik Latihan, Pemindahan Kemahiran (transfer skill), Kemahiran Kendalian Program, Kemahiran Penyampaian Dan Kefasilitatoran...”

Definisi Trainer
========================================
Trainers / Jurulatih adalah individu yang berkemahiran tinggi dalam pengendalian latihan, penyampaian, kefasilitatoran dengan kemampuan membina modul , melatih fasilitator dan mengendalikan program dengan cemerlang dan serta memahami konsep kaunseling. Berpengalaman luas dalam kejurulatihan, kefasilitatoran dan memiliki kemahiran kawalan massa yang tinggi.

“Setiap Trainer adalah Fasilitator NAMUN tidak semua Fasilitator adalah Trainer ”

================================================
Mengapakah perlu Trainer?
================================================ 
Mengapakah Program Latihan Trainer (ToT / TTT)  diperlukan?
================================================
Sepanjang saya berkhidmat dalam melatih kelompok fasilitator dan jurulatih bagi kelab-kelab/persatuan yang berorientasikan fasilitator atau kaunseling mahupun pembimbing rakan sebaya (PRS) bagi institusi pengajian tinggi (IPT) yang mana program-program mereka berlegar di ruang lingkup mengadakan program motivasi kepada pelajar sekolah, program teknik dan tips belajar kepada junior, program khidmat mahasiswa kepada penduduk pedalaman yang memerlukan.

Seringkali saya ditanyakan soalan di atas.
"Salahkah jika kami tidak mengikuti kursus kejurulatihan ?"
"Kami sudah berpengalaman jauh dan banyak mengendalikan fasilitasi, kami tidak perlukannya"
"Kelab kami sudah berzaman dan tidak pernah sekalipun dianjurkan latihan ini?"
"Latihan kejurulatihan adalah membazir dan tidak banyak bezanya dengan latihan asas fasilitator"

Persoalan yang popular ini dijawab oleh saya :
Ya, anda/kelab anda memang sangat hebat dalam berprogram
Tidak, latihan kejurulatihan adalah berBEZA dengan latihan asas fasilitator
Tanggapan yang cetek menyebabkan berlaku salah faham dan kecelaruan merangka program
Program yang menarik dan berkesan boleh direkabentuk (design) dengan skil dan pengetahuan kejurulatihan yang akan dilalui. Pengalaman akan membantu namun latihan khusus diperlukan.

Saya lanjutkan dengan soalan :
Baik, terangkan pada saya bagaimanakah anda merekabentuk program?
Baik, terangkan pada saya bagimanakah anda memilih aktiviti untuk program?
Baik, terangkan pada saya mengapa pemilihan itu (aktiviti) itu dibuat?
Baik, jika aktiviti itu gagal dilaksanakan atas masalah cuaca (hujan lebat/kos tinggi dll) ; adakah alternatif lain?
Apakah skil , kemahiran, pengetahuan, kesedaran yang ingin disampaikan kepada peserta anda?

Apakah maklumat yang anda perlukan atau anda pertimbangkan untuk diambilkira semasa merangka program dan segala aktiviti di dalamnya?

Faktor - Faktor Yang Perlu Dinilai : Pra-Rekabentuk Modul

Jelas, persoalan yang ditanyakan bukan mudah dijawab. Malah seringkali tiada jawapan atau sekadar jawapan popular :
"Aktiviti berkenaan memang best ..! Maka kami pilih."
"Sebab? ... Erk, aktiviti yang best tidak perlukan sebab musabab."
"Entah, sejak berzaman modul program ini memang sebegini. Kami tak pernah persoalkan kewajarannya. Ia memang best!"

---------------------------------------------------------------------------------------

CAC Consultant
 Level 36, Menara Citibank,165, Jalan Ampang,50450 Kuala Lumpur,MALAYSIA

Tel: +6 03 2169 7724                 Fax: +6 03 2169 7725
Website : http://cacconsultant.com.my               Email: free2ask@cacconsultant.com.my